Thursday 24 September 2015

Amalan Wirid Surah Waqiah Jaminan Rezeki Melimpah

Surah Al-Waqiah dikenali juga sebagai surah kekayaan atau surah murah rezeki yang melimpah ruah di kalangan umat Islam.  Rasulullah ada bersabda yang mahfomnya, barang siapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kefakiran selam-lamnya.

Tapi bagaimanakah cara mengamalkan surah Al-Waqiah ini agar benar-benar mustajab?




Ada berbagai cara atai kaifiat mengamalkan surah ini antaranya dengan membacanya sebanyak 3 kali setiap hari.

Boleh sahaja diamalkan membaca sebanyak 3 kali dalam sekali duduk atau boleh sahaja terpisah-pisah asal sahaja dalam satu hari membacanya sebanyak tiga kali.

Melazimkan berselawat ke atas Rasulullah saw, tidak kira selawat apa pun, asal sahaja selawat.

Selesai membaca surah Al-Waqiah, baca pula doa di bawah:


الّلهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ بِحَقِّ سُوْرَةِ الْوَاقِعَةِ وَأَسْرَارِهَا  أنْ تُيَسِّرَلِيْ رِزْقِي كَمَا يَسَّرْتَهُ لِكَثِيْرٍ مِن خَلْقِكَ يَا ألله يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ


"Allahumma inni  As aluka bihaqqi suuratil Waaqi'ah Wa asroorihaa antu yassiroli rizki kamaa yassartahu li katsiirin min kholqika Yaa Allah Yaa Rabbal 'Aalamiin"

Bacalah secara terus-terusan setiap hari sehingga ternampak bukti dari amalan tersebut.  Untuk melihat buktinya lakukanlah membaca surah Al-Waqiah ini setiap hari selama 90 hari.  Catitkan bilangan amalan anda dan buatlah puasa sunat untuk memperkukuhkan lagi dan memperkuatkan aura keberhasilannya.